
Suku Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi selatan di Indonesia, dan kini dengan populasi sebanyak tellu juta tau, mendiami hampir seluruh kawasan di Sulawesi Selatan. Kekalahan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Mereka merupakan pedagang rempah-rempah dan kemenyan.
Sebagai pengetahuan ahem bertulis yang dikawal oleh british bahawasanya, etnik Bugis sangat leiseng atau terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai Tau matteru, lanun yang digeruni(digelar dengan teknik propaganda yang berjaya oleh pesaing seperti Belanda dan engrisss.) dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi suku ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Suku Bugis juga merupakan penganut agama Islam yang patuh(bede)
Sejarah Awal Bugis menurut La Galigo
Kerajaan pertama Bugis mengikut La Galigo ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan istimewa kerana ia dianggap sebagai ketua Bugis. Walau bagaimanapun, pada abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai hingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru. Didalam bidang ekonomi, penanaman ace atau padi , pembuatan besi dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama, adat membakar mayat di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15, munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa (Makassar), Bone dan Wajo'. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke atas Sulawesi Selatan.
Sejarah Awal Bugis menurut keturunan Raja Haji
Menurut kitab Tuhfat al-Nafis bahawa Keturunan Bugis berasal dari perkataan beribukan Ratu Balqis iaitu isteri kepada Nabi Sulaiman a.s. katanya salah satu cicitnya bernama Siti Melangkae telah mengetuai perdagangan purba di antara Kerajaan Saba'(Yaman) dengan bangsa TuToraja di tanah Sulawesi. Mereka mendapatkan bekalan logam/bijih besi. Pelabuhan itu sehingga kini dipanggil Melangkae sempena nama permaisuri sheba / kerajaan saba' tersebut. Maka selain berdagang berlaku juga perkahwinan campur sehingga muncul pelbagai suku kaum Bugis seperti Makkasar, Wajoa, Bone, Andrika, Mandar dan Ugi lain-lain. Permaisuri Sheba telah mengamanahkan payung merah sebagai pengiktirafan kerajaan berdaulat agar dipelihara kerukunan pelbagai suku kaum di sana dengan tertubuhnya kerajaan purba Luwuk. Sehinggalah diteruskan kerajaan Makasar (Gowa) Namun begitu, pemberontakkan suku Bugis Bone Arung Palakka(1696) dengan bantuan VOC Belanda telah mengkhianati perjanjian ini, mengubah fakta sejarah dan menghilangkan sebahagian besar buku-buku sejarah penting bertulisan Makasar dan hanya mengekalkan sebahagian dari buku La Galigo untuk menghalalkan tindakannya menjatuhkan kerajaan Gowa pimpinan Sultan Hassanuddin(1670). Kesannya, bangsa malayo polynesia yang ada tulisan tersendiri ini telah kehilangan banyak kisah dan fakta sejarah, kini yang tinggal hanya karya epik dongeng yang panjang bertujuan untuk melemahkan bangsa ini oleh penjajah Belanda. Maka tidak hairanlah banyak pengaruh bahasa arab Yaman terutama dalam bahasa dan tulisan Makasar (hampir menyerupai tulisan lama di runtuhan empangan Ma'arib) yang terdedah pada perdagangan jarak jauh dan perhubungan dengan bangsa luar. Semua ini dapat dilihat dengan jelas sebagai misal pengaruh bahasa;
"Teyai bura’ne punna tena ammallaki badik"
Betuanna: Bukan lelaki jika tak memiliki badik
Perhatikan perkataan "ammallaki" adalah bunyi asal perkataan "malik" perkataan arab Yaman manakala budaya lelaki membawa senjata pendek adalah juga budaya bangsa Yaman dipanggil jambia.
Taniya ugi narekko de’na punnai kawali
Betuanna: Bukan Ugi jika tak punyai Kawali.(juga menyerupai bentuk badik)
0 Response to "SEJARAH ETNIK BUGIS DI INDONESIA"
Post a Comment